Petua
Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada
hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
Diolah oleh pakar
motivasi Datuk Dr.
Haji Fadzilah Kamsah
.

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat - Selain daripada memohon
    keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
  5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap
    hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang
    positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,
    merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
  7. Program minda/cuci minda - Paling baik
    pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati
    "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian
    psaikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur
    sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
  8. Berpuasa- Sekiranya dalam berpuasa
    terhindar dari melakukan  perkara-perkara
    kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya
    hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
  10. Kekalkan wuduk.
  11. Bersedekah.
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan - jangan makan
    makanan yang subhat.
  14. Berkawan dengan ulama.
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  16. Pesan pada orang, jadi baik.
  17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut..dsb), jangan dengar orang mengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

One Response to “Peshua Menshushi Hashi”
  1. nice blog n thanks

Leave a Reply